Learning Disability

Analyze the educational, social, and developments patterns of the child with special needs.

Ulasan :

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, pendidikan yang diberikan mestilah bersesuaian. Kelebihan dan kelemahan mereka adalah berbeza di antara satu dengan lain. Setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan diberikan perlu dirancang dengan baik agar dapat memberi kesan yang optimum pada pelajar. Selain di rumah, kanak-kanak ini akan belajar berinteraksi dengan orang lain di sekolah. Sebagai contoh, dengan kawan-kawan dan guru. Pendidikan dan sosial seorang kanak-kanak banyak diperolehi di sekolah. Oleh itu, guru bukan sahaja bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi bersedia untuk melatih kanak-kanak ini bergaul dengan kawan-kawan dan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Artikel ini menerangkan bahawa seorang guru perlu mengetahui latar belakang kanak-kanak ini dan sikapnya demi untuk membantu diri mereka dan memahami kelebihan dan kekurangan seseorang individu itu.

(more info)

Explore the impact of disabilities on the children, their families, on their future.

Ulasan :

Mempunyai anak yang mengalami masalah pembelajaran (LD) bukanlah satu perkara yang mudah. Ibu bapa perlu berhadapan dengan situasi-sitruasi yang mencabar bagi mengatasi permasalahan ini. Permasalahan ini boleh membawa impak terhadap hubungan suami isteri, interaksi keluarga dan hubungan antara saudara di dalam keluarga. Dalam menjaga hubungan kekeluargaan ini adalah perlu untuk memahami situasi yang dihadapi. Adalah penting untuk mengenali masalah, meminta khidmat nasihat, mengenal pasti punca dan cara untuk mengatasinya serta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak tersebut. Adalah menjadi satu perkara biasa untuk mengalami perasaan berbelah bagi terhadap anak yang bermasalah ini, kadang-kadang rasa bersemangat, sabar dan penuh kasih saying tetapi ada ketika merasakan kecewa dan tidak bersemangat. Sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain amat membantu setiap ahli dalam keluarga itu untuk membina keyakinan diri.

(more info)

Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs.

Ulasan :

Terdapat berbagai cara mengajar yang sistematik bagi membantu kanak-kanak istimewa walaupun tidak ada satu program yang terbaik untuk semua. Di antara kemahiran yang mesti diajar adalah membaca. Para penyelidik bersetuju bahawa perlu ada satu pengajaran yang sistematik bagi kemahiran membaca terutama pada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Terdapat lima perkara yang diperlukan dalam kemahiran membaca iaitu phonemic awareness, phonics knowledge, fluency, vocabulary, and comprehension. Mengajar kanak-kanak membaca perlu dibuat secara eksplisit dan sistematik. Setiap kemahiran yang penting perlu diajar secara jelas oleh guru. Perlu ada perancangan dan penyusunan secara logik dalam pengajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak tidak boleh diberi bacaan yang panjang, perkataan yang kompleks sehinggalah mereka boleh menguasai perkataan yang lebih mudah. Bahan bacaan juga perlu mengambil kira sebagai bahan yang boleh menggalakkan kanak-kanak untuk terus membaca.

(more info)

Design appropriate intervention programmes to remediate children’s mathematical errors.

Ulasan :

Bagi program-program yang berkesan,pakar-pakar mengambil kira beberapa kriteria iaitu risiko dan faktor-faktor keselamatan, menjalankan pemerhatian yang sistematik atas kanak-kanak secara individu, mengakses status perkembangan, mereka peluang pembelajaran yang pelbagai, merancang dan membantu serta menyediakan intervensi berdasarkan data penaksiran. Program sebegini adalah bersesuaian dengan perkembangan, linguistik dan bukti-bukti saintifik.

(more info)

Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils.

Ulasan :

Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila dibaca. Pendekatan Multisensory merupakan satu kaedah yang amat bersesuaian dengan semua peringkat kesukaran. Menggunakan pendekatan ini bermaksud membantu kanak-kanak belajar melalui lebih dari satu deria. Di sekolah kanak-kanak banyak menggunakan deria penglihatan dan pendengaran, namun untuk menambahkan keberkesanannya, deria rasa dan pergerakan juga digunakan. Ini akan memberi minda kanak-kanak itu memproses maklumat melalui deria rasa dan pergerakan termasuk juga deria penglihatan dan pendengaran.

(more info)

Sunday, December 27, 2009

Dyscalculia

Location: http://www.dyscalculia.org/Edu502.html

SPECIAL EDUCATION PROGRAM EVALUATION for INSTITUTIONS:

DIAGNOSING MATH LEARNING DISABILITIES /
RECOMMENDED PRACTICES

No comments:

Post a Comment